Tuesday, March 19, 2013

What Name Tiger Part Deux

A continuation of this.

So I emailed admin about using my IELTS results in lieu of the english test. Admin kata... tak payahlah. Pi jer lah dok buat test tu.

Sighhh... kiranya results IELTS aku tu tak laku lah kat korang, ek? In the immortal words of Faisal, "FINE, LA!"

So on the 16th, kitorang pun berbodong-bondong la ke lab computer untuk buat english test tu.

Hey, at least dapat keluar awal dari kelas HCD yang sangat membosankan. Honestly, I've not consumed that much coffee ever in my life, tapi sejak masuk kelas HCD ni, kalau tak de kopi, alamat tidur sambil berdengkur laaaa....

So bertanyalah aku kepada juniors yang dah ambik test tu. Cenggana bentuknya? They said that there's an initial multiple choice answer section. Based on how well you do in that section, they'll give you a topic for a short essay.

Basically, kalau markah MCA tu hampeh, dapatlah topik karangan yang mudah. Muahahahaha. Itu tanduk sudah keluar daaa...

So pi la buat exam tu. Main klik-klik-klik je kan. Tak fikir panjang dah. Pastu dengan gumbiranya pi depan nak ambik tajuk karangan Tengok-tengok....

HAMPEH! ASBESTOSIS BTULLAR! Aku main tekan-tekan je pun dapat kategori paling terbaik. Dapat tajuk karangan paling susahhhh... uwaaa!!!

Gila la. Tajuk dia aku tengok macam familiar... baru aku teringat. Weih! Ni tajuk exam IELTS aku haritue! Double hampeh asbestosis!

Hmm. Tak tau lah diorang publish ke tak results dia. Karangan tu pun aku buat sambil lewa. Hehe.

No comments: